Catherine, Puteri Wales
Catherine, Puteri Wales

Catherine, Puteri Wales

Catherine, Puteri Wales, GCVO (diputerakan Catherine Elizabeth Middleton; 9 Januari 1982)[1] ialah ahli kerabat diraja British. Baginda berkahwin dengan William, Putera Wales, bakal raja kepada takhta British, menjadikan Catherine kemungkinan bakal permaisuri.Diputerakan di Reading, Middleton membesar di Bucklebury, Berkshire. Baginda dididik di Sekolah St Andrew dan Maktab Marlborough sebelum melanjutkan pengajian dalam sejarah seni di Universiti St Andrews di Scotland, tempat baginda bertemu dengan William pada tahun 2001. Baginda pernah bekerja dalam peruncitan dan pemasaran dan menjalankan kerja amal sebelum pertunangannya pada bulan November 2010. Baginda berdua berkahwin pada 29 April 2011 di Westminster Abbey. Paduka anakanda pasangan diraja tersebut—Putera George, Puteri Charlotte, dan Putera Louis—adalah kedua, ketiga, dan keempat dalam susur galur pewarisan takhta British, masing-masing.

Rujukan

WikiPedia: Catherine, Puteri Wales http://www.imdb.com/name/nm2628416/ http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p424510634 //commons.wikimedia.org/wiki/Special:Search/the_Pr... //ms.wikiquote.org/wiki/Special:Search/Catherine,_... http://id.worldcat.org/fast/1912399/ http://mak.bn.org.pl/cgi-bin/KHW/makwww.exe?BM=1&N... https://nla.gov.au/anbd.aut-an47084512 https://trove.nla.gov.au/people/1478279